[Puisi] Secawan Kopi

oleh

[Puisi] Secawan Kopi
Amelia Hashim

Kekasih
Aku telah memesan segelas teh
Lalu kau bawa secawan kopi yang
Gulanya mendap ke dasar sukma
Apakah secangkir kopi pahit ini akan
Kita hirup bersama sedikit
Demi sedikit bersaksikan mentari pagi
Sehingga usia kita menutup
jendela.

Tanyalah bulan di malam nanti
kenapa kopi, gulanya tidak diseduh
adakah kerana cinta kita seperti kabus
yang dingin melintasi rabung gunung
atau hanya angin yang menderu-deru

Aku tidak mimpi minum kopi
Di bintang Mimpiku biasa-biasa saja untuk bersamamu
Bagi melestarikan sebuah kehidupan
Yang tak pasti,sambil
Menikmati sebuah kepahitan cinta
Yang kureguk dari secawan kopi

Oktober 2016, Alor Setar Kedah – Malaysia

Amelia Binti Hashim – Lahir di Guar Chempedak, Gurun Kedah, Malaysia. Wartawan di Warta Darulamaniaitu, Kedah, ini menulis puisi, drama radio, cerpen dan novel.

*Depetik dari Buku “Kumpulan Puisi 1.550 Mdpl”, Kurator: Fikar W Eda, Mustafa Ismail & Salman Yoga S. Jakarta: Imaji – The Gayo Institute, 2016, hal. 22.

Comments

comments

No More Posts Available.

No more pages to load.