Oleh : Hamdani Mulya & Rosli K. Matari*
Aceh di bumi Indonesia memang sedia dikenali sebagai Serambi Mekah. Tetapi tahukah anda budiman, di seberang sana, di negara tetangga kita juga terdapat sebuah negeri yang turut terkenal dengan gelaran yang sama?
Negeri yang dimaksudkan ialah negeri Kelantan, terletak di pantai timur pada Semenanjung Malaysia, turut masyhur dengan julukan Serambi Mekah.
Negeri ini bertetangga dengan Thailand, khasnya Selatan Thailand. Tidak heran, Selatan Thailand didiami sebahagian besar masyarakat Melayu beragama Islam, justeru bertetangga dengan Kelantan.
Oleh itu, Aceh dan Kelantan adalah sudah lama dalam sejarah terkemuka sebagai Negeri Serambi Mekah.
Pada hubungan bagi mengakrabkan lagi kedua-dua Serambi Mekah ini, pertubuhan terkemuka aktif dan dinamik di Kelantan dan Malaysia – yaitu Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), baru-baru ini telah mencapai kesepakatan dengan potretonline.com, pada usaha menjalin jambatan sastera Kelantan – Aceh.
“Aspirasi murni ini akan dapat memperkenalkan dan merapatkan lagi saling kenal, hormat, kasih sayang, serta ukhwah dan solidariti antara pengarang dan penyair Kelantan – Aceh,” ujar Presiden PERADABAN, YBhg. Dato’ A. Aziz Deraman.
YBhg. Dato’ A. Aziz Deraman. Beliau merupakan mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, juga adalah pemikir, budayawan dan penyair terkenal Malaysia. Disamping, penerima banyak anugerah di negaranya dan luar negara.
“Langkah pertama aspirasi solidariti ini kita mulai dengan usaha menerbitkan sebuah antologi puisi, pada judul Pada Pohon Cabang Dua Belah. Selanjut nanti, mudah-mudahan dapat disusulkan lagi dengan terbitan pelbagai karya kreatif lain lagi dalam jambatan sastera ini,” ujarbeliau lagi.
Kini mulai dilaksanakan penyiapan antologi puisi ini melalui usaha oleh baris penyelenggara terdiri dari pada Tabrani Yunis dan Hamdani Mulya (Aceh) serta Sasterawan Negeri Kelantan Rosli K. Matari.
Bagi barisan penyair dan puisi sebagai mewakili Aceh, antologi ini akan memilih dan memuat karya dari potretonline, serta karya para penyair pelosok Indonesia yang pernah memanfaatkan potretonline.
Penerbitan ini tidak bermatlamatkan komersialmelalui kerjasama PERADABAN & potretonline.com sebagai terbitan bersama.
Diterbitkan sebagai buku melalui talian maya bagi membolehkan para pembaca dan masyarakat dapat memanfaatkan bacaan secara lebih mudah, luas serta merentas negara.
Peluncuran antologi penting ini adalah pada ujung Februari nanti, dirasmikan oleh YB. Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abd Rahman yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.
Peluncuran ini secara talian maya, dijangka bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Para penyair boleh menyemak pada potretonline ini melalui Semak – Puisi Anda Terpilih bagi mengetahui adakah karya anda budiman ikut termuat dalam antologi puisi jambatan sastera Kelantan – Aceh ini. [SY]