[Puisi] Salam Sahabat Serumpun
Alkhair Aljohore
Salam tali kerabat
kepada seluruh serumpun Melayu
Pastinya ada yang dosen, ahli fikir, sasterawan negeri
dan negara,para seniman profesional
atau seniman jalanan.
Aku ingin mampir bertandang di ruang ini
seumpama melukut di tepi gantang
Adanya tidak bertambah
Tiadanya tidak berkurang.
Sekadar memasang cuping telingaku
mencuri dengar, membaca sajak
para sahabat yang hebat.
Aku hanya penyair jalanan
Belajar dan memerhati lingkungan
dan alam semesta.
Mungkin banyak yang aku dapat menimba ilmu.
Ayuh, kita sebarkan kebaikan, kedamaian
dan kecintaan yang universal.
Johor-Malaysia, November 2023
Alkhair Al Johore, adalah seorang graduan perakaunan dari ITM (Uitm), Shah Alam
berpengalaman dalam bidang pentadbiran & perbankan. Pernah berkhidmat dengan Uda, Mara & Bank Islam. Telah menerbitkan 4 buku solo 1. Demi Cinta – 2021, 2. Dialektika Umat Melayu – Nov.2021, 3. Metamorfosis Seorang Insan – ogos 2023, 4. Terbang Alah Burung Terbang – Nov.2023. Menyertai Antologi Puisi Asean_Doa untuk Bangsa Penghantar; Prof.Dr.Bahrullah Akbar,MBA, dan 16 buku lainnya dengan Persatuan Penulis Johor_PPJ, ASH NO.345 dengan Karyawan Perak.