Mengenal ulama besar Malaysia “Sheikh Dr. Ismail Hj. Kassim”

oleh

ULAMA ternama di Malaysia, Sheikh Dr. Ismail H. Kassim (SDIK) direncanakan akan berkunjung ke Aceh, pekan depan, tepatnya Selasa 20 April 2014 mendatang. Selama berada di Aceh ulama ini dijadwalkan akan bertemu dengan pimpinan dan tokoh keagamaan Aceh.

Selain itu berziarah ke makam-makam ulama, mengunjungi situs tsunami dan situs sejarah Islam serta memberikan tausiah serta memimpin zikir di Masjid Raya Baiturrahman Banda Aceh, 21 April, bakda shalat Isya.

Sheikh Dr. Ismail Hj. Kassim dilahirkan di Sabah, Malaysia, pada bulan Juni 1966. Beliau merupakan seorang dai’ Allah yang terkenal di Malaysia dan di peringkat antara bangsa. Menjalankan kerja-kerja memanggil manusia kepada Allah dan kepada iman kerana Allah semata-mata tanpa meminta apa-apa upah di atas kerja ini.

Sheikh Dr. Ismail ialah Pengasas, Penasihat, penceramah utama dan guru murshid kepada jemaah Pertubuhan Rahmatan Lil ‘Alamin (Perahmat) di seluruh Malaysia. Beliau disokong dan diiktiraf oleh 150,000 gabungan ahli, penyokong dan pengikut-pengikut Perahmat di seluruh dunia khasnya di negara-negara ASEAN, India, Pakistan, danTimur Tengah. Lebih daripada 300 alim ulama Ahli Sunnah Wal Jemaah khusus dari India danTimur Tengah turut bergabung dan menyokong kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh SDIK.

Sheikh Dr. Ismail telah mengarang lebih daripada 100 buah buku dan manuskrip, berkaitan Ilmu Kalimah LaaIllahaIllAllah (KalimahTauhid), Solatul Khusu’, ZikirNafasdan lain-lain subjek berkaitan iman dan aqidah.Contoh buku utama beliau bertajuk “Kalimah Agung dari Allah Maha Agung” yang mempunyai 5,000 muka surat (buku ini dalam proses suntingan untuk  percetakan); buku solat khusyu’, dan lain-lain buku berkaitan iman dan aqidah. Beliau juga turut penyampaikan ilmu-ilmu yang menjurus kepada peningkatan iman dan taqwa yang bersumber kepada Al Qur’an dan Hadith.

Kerja-kerja beliau telah diiktiraf dan dimaklumi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi ( Kedua-dua VVIP ini ialah mantan Perdana Menteri Malaysia). SDIK juga dimaklumi dan dikenali oleh Menteri Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Agama dan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta ramai dikalangan alim ulama, di ASEAN, India dan Pakistan, dan termasuk di Aceh sendiri, serta di Mekah dan Madinah. Untuk pengenalan lanjut, sila lihat beberapa laman blog beliau seperti  http://haqquliman.blogspot.com/2011/06/power-of-zikir-nafas.html  dan muat – turun ceramah-ceramah beliau di Youtube dibawah carian Perahmat ata ucarian dengan thema “Kalimah La IllahaIllAllah”.Beberapa pilihan ceramah beliau juga boleh ikuti di laman web Perahmat: http://www.rahmatanlilalamin.org.my/home.

SDIK berpengalaman dan berkemahiran luas dalam bidang dakwah dan perniagaan, serta berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang sains perubatan alternatif. Beliau telah menuntut sejak belasan tahun di bawah Alama Billah dan Wali Allah terkenal di Hyderabad, India, iaitu As-Sheikh Syeed  Muhammad Noorullah Ariefudeen Al Jailani dari pada keturunan Ghousul ‘Azam As-Sheikh Abdul qadir Jailani (qsa). Salsilah Sheikh Syeed Muhammad Ariefudeen ialah daripada keturunan Ahli Bait, Hassaini dan Husseini, Cucunda Rasullulah Shallallahu’alaihi Wassalaam. Syed Muhammad Ariefudeen merupakan seorang murshid kepada jutaan murid di seluruh dunia dan beliau juga merangkap Presiden Persatuan Ulama Ahli Sunnah Wal Jemaah bagi seluruh India.Oleh yang demikian, SDIK meruapakan seorang ulama billah yang menuntut ilmu dari pada sumber talian (isnad) perguruan yang tidak putus sehingga sampai kepada Rasulullah Salallahu ‘AlaihiWasalaam. Beliau juga aktif sebagai motivator dan konduktor dalam bengkel-bengkel dan program berkaitan aqidah Addinul Islam seperti program solat khusyu’ dan program mencari ketenangan dengan mengingati Allah.

Di antara forum yang penting yang telah disampaikan oleh Sheikh Dr. Ismail sebagai seorang penceramah utama ialah program melibatkan pemulihan aqidah orang murtad di bawah tajuk “Perbandingan Agama dan Perbincangan Harmoni” di Seremban pada 14 Disember 2012 di bawah ajuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan. Program ini Berjaya membawa beberapa orang beragama Hindu kepada agama Islam dan mengembalikan beberapa orang murtad mengucap  syahadah semula. Sheikh Dr. Ismail turut diiktiraf olehTimbalan Mufti Negeri Kelantan, kerana telah menjemput Dr. Ismail menyampaikan ceramah “Program Solatul Khusyu’ dan Kaitan dengan Iman” di masjid beliau sendiri di Daerah Tumpat, Kelantan,pada 14-18 Ogos 2013.Selain dari pada itu, pada bulan September yang lepas, 300 para ulama, mufti, qadi dan ahli falsafah telah berkumpul di Hubli, India, di bawah anjuran Qadiriyah Nooriyah Jamiyah, untuk mendengar ceramah oleh Sheikh Dr. Ismail Hj. Kassim. Pada bulan Oktober 2013, beliau telah membimbing program solatul khusyu’ bagi 1,000 penuntut di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah di Kulim, Kedah, Malaysia.Padabulan Ramadan 2012 beliau berkesempatan dijemput oleh beberapa para ulama di Masjidul Nabawi untuk bermuzakarah mengenai keadaan dan masalah aqidah masyarakat Islam di seluruh dunia ‘amnya.

Secara umumnya, Sheikh Dr. Ismail telah menjalankan kerja-kerja dakwah secara sukarela tanpa meminta apa-apa upah di atas kerja ini. Beliau bukan sahaja berpengalaman dan berkemahiran luas dalam bidang dakwah tetapi turut menceburi bidang  perniagaan khususnya dalam menarik dan melibatkan dana perlaburan dari Timur Tengah. Sheikh Dr. Ismail turut menyumbang dalam pembangunan semula Aceh selepas bencana tsunami dengan membawa masuk beberapa jutadana (US Dollar) dari pada pendermaTimur Tengah. Beliau boleh bertutur  dalam beberapa bahasa termasuk, bahasa Arab, Malayalam, Urdu, Inggeris, Jepun dan Bahasa Melayu.

Dalam bidang ekonomi dan perdagangan, SDIK telah mengetuai lebih 100 delegasi  perdagangan ke Timur Tengah dan negara-negara Afrika sejak 1994. Misi-misi ini telah dibuat di atas jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden  bagi  United  Arab- Malaysian  Business  Council, dan sebagai Timbalan Pengerusi Malay-Arab Business Council. Misi-misi perdagangan tersebut telah member banyak faedah kepada Kerajaan Malaysia dari segi menarik perlaburan ekonomi dari pada sumber-sumber dana Negara – negara Timur Tengah. SDIK juga merupakan Pengerusidan Penasihat sepenuh  masa bagi projek USD 3.5 billion “International  Furniture  City” di  Abu Dhabi, Emirat  Arab Bersatu.

Pada masa ini SDIK sudah disenarai untuk menerima beberapa anugerah di peringkat antara bangsa seperti berikut:

  1. Nelson Mandela Peace Award dengan medal yang akan diberi oleh Economic Group Society of India (EGSI) pada19th April, 2014 di Hotel TajVivanta, Panjim, Goa.
  1. The Star of Asia Award yang akan diberi oleh sebuah  yayasan di Delhi bagi usaha-usaha gigih beliau dalam menyampaikan ilmu Kalimah LaaIlahaillAllah secara global dan yang meliputi wilayah-wilayah Tenggara Asia, Africa selatan dan Timur Tengah.
  1. Doktor Falsafah Kerhormat  dari pada salah sebuah university tertua di India kerana kerja-kerja beliau dalam mempromosi keamanan dan kesejahteraan manusia ‘amnya.
  1. Doktor Falsafah Kerhormat  dari pada sebuah universiti yang diiktiraf di Amerika Syarikat semasa Kongres Antarabangsa untuk Keamanan dan Khidmat Kemanusiaan di university berkenaan.

Kesemua penganugerahan tersebut membuktikan kepentingan kerja – kerja dakwah dan khidmat kemanusiaan oleh SDIK, khususnya bagi usaha-usaha dalam mempromosi “Kesejahteraan Menerusi Theori dan Praktik dalam Ilmu Wahyu Al Qur’an”.[]

Comments

comments

No More Posts Available.

No more pages to load.